Monday, September 7, 2009

Yang ini muat tak?



Anak suka warna biru ke?
Pilih dek pilih mana yang berkenan.


Sukarelawan yang membantu.
Tak cukup lagi ni!


Betul tak sizenya?


























District Governor Leslie Salehuddin memberi ucapan disebelah kanan beliau Puan Zeila.

RIANG RIA BERSAMA-MU 2009.
Project Riang Ria bersama-mu ini adalah merupakan projek tahunan bagi Kelab Rotary Kampong Baharu (kali ke-empat). Tujuan utama projek ini ialah untuk memberi peluang kepada kanak kanak yang kurang bernasib baik mengalami suasana keriangan menyambut hari raya aidilfitri. Diwaktu yang sama projek ini juga memberi pendedahan kepada sukarelawan melakukan kerja amal.

Pada tahun ini. 50 kanak kanak dari rumah Jagaan Lambaian Kaseh, Kampung Sungai Pencala telah dipilih untuk menyertai program ini. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada Rumah Jagaan lambaian kaseh tidak menerima bantuan secukupnya dari mana mana pehak. Kanak kanak yang tinggal dirumah ini juga merupakan dari gulongan miskin dan kurang mendapat perhatian dari orang ramai.

Pembiayaan projek ini adalah diatas sumbangan orang ramai dan Rotarian yang prihatin dengan kerumitan dan kesusahan yang dialami oleh pehak pengurusan Rumah Jagaan Lambaian kaseh semasa mengendalikan kerja harian. Mereka ingin melihat kanak kanak ini juga dapat menikmati kemeriahan menyambut Hari Raya Aidil Fitri seperti kanak kanak biasa.

Konsep program ini adalah, kanak kanak ini diberi peluang memilih dan membeli barangan seperti pakaian dengan ditemani oleh 30 orang sukarelawan yang menjadi ibu/bapa/abang/kakak angkat mereka diwaktu itu. Dengan kemesraan yang cuba diwujudkan adalah di harap kanak kanak ini dapat merasakan keriangan menyambut hari lebaran.

Pada tahun ini pehak GIANT HYPERMARKET telah bermurah hati memberi kerjasama menjayakan program ini dengan memberi sumbangan berupa voucer belian, buku dan juga hamper. Pegawai dari Syarikat tersebut juga turut membantu untuk majlis berjalan lancar walau pun terdapat ramai pelanggan lain pada hari itu.

Dari wajah air muka setiap kanak kanak yang mengambil bahagian jelas terbayang kegembiraan yang mereka nantikan sejak diberitahu yang mereka berpeluang membeli belah untuk hari raya ini. Yang membuat hati saya terguris ia lah apabila salah seorang dari anak tersebut bertanya boleh tak dibelikan satu baju kepada adeknya yang baru berumur enam tahun yang tidak dapat bersama kerana terlalu muda.
Majlis bertambah meriah apabila District Governor Leslie Salehuddin dan Puan Zeila turut serta pada acara penutup yang diadakan di depan pintu masuk Pasar raya Giant. Kehadiran sukarelawan yang begitu ramai ada lah diluar jangkaan dan mereka telah memainkan peranan mereka dengan begitu baik sekali. Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun berikutnya.



















































No comments: